KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (SUSULAN)

Apakah tujuan /matlamat Kajian Pengesanan Graduan (Susulan) ini?

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan status pekerjaan graduan yang telah tamat pengajian lebih daripada 1 tahun.

Siapa yang perlu memberi respon kepada kaji selidik ini?

KAJI SELIDIK INI TERBUKA KEPADA SEMUA GRADUAN: -

  1. Tamat pengajian sejak tahun 2006
  2. Menganggur, (berumur 18 hingga 64 tahun)
  3. Bekerja tetapi sedang aktif mencari pekerjaan yang lebih baik

Siapakah yang dimaksudkan graduan bagi tujuan kaji selidik ini?

  1. Pemegang Pascaijazah
  2. Pemegang Ijazah Pertama
  3. Pemegang Diploma
  4. Pemegang Sijil UiTM/ Politeknik/ Kolej Komuniti/ MLVK (bagi program 1 tahun ke atas)


Berapa lamakah masa yang diperlukan bagi menjawab soal selidik ini?

Soalan kaji selidik ini sangat mudah dan hanya akan mengambil masa sekitar 15 minit untuk disiapkan.


Apakah yang patut saya lakukan sekiranya soalan itu tidak begitu relevan dengan situasi saya?

Dalam kajian tinjauan seperti ini, adalah sukarl bagi menghasilkan semua soalan yang relevan dengan semua individu. Walau bagaimanapun, kami berharap agar anda dapat mengintepretasikan setiap soalan sehampir mungkin dengan situasi anda.


Adakah saya akan mengetahui keputusan kajian ini?

Ya, keputusan kajian ini akan diterbitkan dalam format buku dan dalam laman web ini. Namun yang demikian, keputusan hanya akan memaparkan ringkasan bagi bidang pengajian, program pengajian, institusi graduan, bilangan graduan yang masih menganggur dan lain-lain.

.Adakah maklum balas saya sulit dan rahsia?

Ya. Maklum balas anda akan dipelihara sebagai sulit dan rahsia. Hanya laporan berbentuk rumusan sahaja akan dikeluarkan.

 

MASALAH TEKNIKAL

Saya telah cuba untuk daftar masuk ke Sistem Kajian Pengesanan Graduan (Susulan) tetapi tidak berjaya. Apakah yang perlu saya lakukan untuk memasuki sistem ini?

Sila pastikan pelayar yang anda guna membenarkan kegunaan cookies dan Javascript (untuk panduan mengaktifkan Javascript, sili klik DI SINI). Seterusnya, sila tutup dan buka semula pelayar dan anda boleh mula mendaftar masuk ke Sistem Kajian Pengesanan Graduan (Susulan).

Saya sudah mengaktifkan cookies pada pelayar pilihan tetapi saya masih lagi tidak dapat memasuki sistem Kajian Pengesanan Graduan (Susulan). Apakah langkah yang perlu saya ambil?

Untuk mengelakkan masalah tersebut, anda perlu memastikan bahawa anda menggunakan pelayar yang terbaru seperti Internet Explorer versi terkini, Goole Chrome atau Mozilla Firefox.