VISI UNIT KAJIAN PENGESANAN GRADUAN
Menjadi platform penyelidikan dan sumber maklumat berkaitan kebolehdapatan kerja dan kebolehpasaran graduan.

 MISI UNIT KAJIAN PENGESANAN GRADUAN

  • Membantu pihak Kerajaan, terutamanya Kementerian Pengajian Tinggi bagi menguruskan maklumat berkaitan graduan secara sistematik.
  • Menjalankan pelbagai penyelidikan berkaitan kebolehdapatan kerja dan kebolehpasaran graduan secara saintifik dan signifikan.
  • Menerbitkan hasil-hasil laporan penyelidikan untuk pelbagai keperluan stakeholders.

 

OBJEKTIF UNIT KAJIAN PENGESANAN GRADUAN
Objektif kami ialah bagi membantu :

  • Pihak Kerajaan dan agensi-agensi Kerajaan membuat polisi, perancangan dan keputusan berasaskan maklumat dan fakta sebenar dan terkini tentang penggunaan tenaga manusia di kalangan graduan negara.
  • Para graduan mendapat gambaran yang jelas tentang kerjaya, peluang melanjutkan pengajian dan peluang pekerjaan secara berterusan berdasarkan data dan maklumat yang jelas.
  • Para pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke IPT dan ibu bapa mereka mendapat gambaran yang jelas berkaitan IPT negara dan dunia pekerjaan graduan.
  • Para majikan dan pelabur mendapat maklumat yang tepat dan cepat berkaitan kekuatan modal insan negara.