SEKAPUR SIRIH..


       Sempena dengan hari konvokesyen yang bermakna ini, saya ingin mengucapkan setinggi tinggi tahniah di atas kejayaan yang telah anda perolehi. Saya berharap kejayaan yang dikecapi dari hasil usaha yang gigih dan semangat yang kental itu telah membawa satu kemajuan yang besar dalam kehidupan anda dan keluarga. Saya juga berharap anda akan terus belajar dengan berusaha menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi memajukan diri untuk menjadi seorang insan yang produktif kepada negara.

       Dalam dunia yang penuh cabaran dan perubahan ini, kita perlu sentiasa berwaspada dan mengambil langkah langkah awal bagi memastikan sistem pendidikan negara sentiasa ke hadapan agar graduan yang dilahirkan oleh institusi pengajian tinggi negara bermutu tinggi. Justeru itu, kaji selidik ini diwujudkan bagi tujuan mendapat maklum balas dari setiap graduan institusi pengajian tinggi negara. Daripada maklumbalas dan pandangan pandangan yang berharga ini pihak Kementerian dan juga pusat pengajian anda dapat mengetahui keadaan yang lebih tepat mengenai senario alam pekerjaan graduan. Seterusnya dapat mengenalpasti ruang ruang untuk melakukan penambahbaikan yang lebih strategik.

       Pihak Kementerian dan Institusi anda sangat menghargai maklumbalas yang tepat dan ikhlas anda terhadap soal selidik ini. Pihak Kementerian juga berharap anda akan terus memberi kerjasama kepada pihak Kementerian di masa masa hadapan di dalam memberi pandangan melalui soal selidik susulan bagi sama sama kita memajukan negara melalui program program pembangunan modal insan negara yang lebih mantap.

       Saya sudahi dengan ucapan selamat maju jaya dalam apa juga bidang yang anda ceburi.


DATO' SERI MOHAMED KHALED NORDIN
Menteri Pengajian Tinggi Malaysia