Recipient of the MSC Malaysia - Ericsson CR Innovation Awards 2008. Interactive And Fun Learning. All you need is your mobile phone and an internet connected computer. Joint Initiative with
Unit Pengesanan Graduan Kementerian Pengajian Tinggi To Enhance English Language Proficiency Among Malaysian University Graduates Dont miss this opportunity, REGISTER NOW
Graduate Employability Management Scheme - GEMS
Skim Pengurusan Kebolehpasaran Siswazah (GEMS) adalah salah satu inisiatif Kerajaan bagi melengkapkan siswazah dengan kemahiran dan pengalaman yang bernilai komersial yang seterusnya akan meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan. Skim ini adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan untuk memobilisasikan modal insan tempatan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi negara. GEMS dijangka akan melatih seramai 2,000 siswazah bagi 2011. Antara 2009 hingga 2010, GEMS telah berjaya melatih seramai 6,000 siswazah di seluruh Malaysia. Mohon skim ini sekarang.
Log Masuk
Ucapan Aluan
Tahniah di atas kejayaan anda
Saya mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada para graduan yang telah berjaya mengikuti serta menamatkan pengajian di dalam bidang masing-masing. Kejayaan ini bukan sahaja merupakan satu kejayaan yang besar kepada graduan, tetapi juga merupakan satu kejayaan kepada ibu bapa dan negara. Klik Untuk Baca Selanjutnya..
Tujuan Kajian Graduan
Apakah Tujuan/Matlamat Kajian Ini Berapa lama masa yang diperlukan..
Apakah Faedah Menyertai Kajian Ini? Diantara faedah-faedah yang boleh diperolehi adalah..
..Di sini, saya amat berharap agar para graduan terus berusaha untuk memajukan diri selepas melangkah ke dunia luar kerana situasinya lebih sengit dan mencabar. Ilmu pengetahuan serta kemahiran yang telah ditimba pula boleh dijadikan asas dalam kehidupan seharian serta merebut peluang yang ada sebaik mungkin untuk memajukan diri masing-masing secara berterusan.
Suasana kritikal dan serba mencabar pada tahun mendatang menuntut ketahanan fizikal dan kelasakan minda untuk bekerja lebih keras dengan kepantasan yang lebih tinggi bagi memastikan negara kita sentiasa maju agar dapat terus berkembang dengan melahirkan graduan yang berilmu dan bertamadun. Justeru, kaji selidik ini diwujudkan sebagai satu usaha berterusan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi memajukan lagi sistem pendidikan tinggi negara. Oleh itu, Kementerian amat memerlukan sokongan, pandangan dan maklum balas yang berharga daripada para graduan. Maklumat yang diberikan akan digunakan untuk mengetahui keadaan yang lebih tepat mengenai senario alam pekerjaan graduan di samping mengenalpasti ruang-ruang untuk melakukan penambahbaikan yang lebih strategik.
Pihak Kementerian dan institusi anda sangat menghargai maklum balas yang tepat dan ikhlas dari anda dalam menjawab soal selidik ini. Besarlah harapan saya dan juga pihak Kementerian agar sokongan dan kerjasama anda akan berterusan dari masa ke semasa di dalam memberi pandangan melalui soal selidik susulan bagi merealisasikan dan menjayakan aspirasi serta menyumbang kepada pembangunan negara.
Saya akhiri dengan ucapan selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang anda semua ceburi.
DATO' SERI MOHAMED KHALED NORDIN Menteri Pengajian Tinggi Malaysia